Perang Ukraine-Rusia | Malaysia sokong resolusi bela hak manusia di Ukraine

2022-08-11 0

Malaysia menjadi salah satu daripada 32 negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) menyokong resolusi 'Situasi Hak Manusia di Ukraine Berpunca Daripada Keganasan Russia' yang dimuktamadkan dalam debat khas selama dua hari bermula semalam.

Menurut Kementerian Luar, resolusi itu diluluskan selepas 32 anggota MHAM menyokong, manakala dua menentang dan 13 lagi mengambil pendirian berkecuali.